My blog

ads

Sunday, September 16, 2012

HUJAN (RAIN)

Akhirnya pertama kali berblog dalam bahasa melayu.Bahasa ibundaku yang tercinta (ceywah). setelah berkurun lamanya blog ini berkapuk dan berhabuk....dapat juga diteruskan penceritaan dalam blog yang tidak semenggahnya ini. Hari ini mari bercerita tentang hujan. "Hujan yang turun bagaikan mutiara" begitulah indahnya fenomena alam ini seperti yang digambarkan Allahyarham Sudirman dalam lagunya.. cube kite lihat langit hari ini Hujan tak pernah berubah. Turun mengikut aturan alam dalam kiraan dan jumlah yang berbeza. Kadang - kadang sikit ..kadang-kadang banyak tapi kadang-kadang tak turun pun..Kadang - kadang bila ada matahari (fenomena hujan panas) timbul pulak si pelangi....cantiknya alam anugerah ilahi. Hujan turun kain jemuran pun kenela diangkat...macam cerita p. Ramlee tu "ani angkat kain hari dah hujan" (pendekar bujang lapok)...maka hari yang panas tadi menjadi suram, sejuk dan lembap. Cendawan pun tumbuh melata....Hujan menggamit nostalgia dalam hidup setiap manusia. Teringat waktu kecik2 dulu di kampung...bila hujan ada jer bende nak direka. dulu dekat anjung rumah opah mesti ada satu salur yang secara semula jadi terwujud bila hujan turun...masa tu la nak annoy ayah supaya dia buatkan bot kertas sebab nak tengok bot kertas tu berlayar...tapi kejap jer pastu bot pon tenggelam...bukan main seronok dengan bot kertas...Opah pulak menyelinap ke dapur...masak air buat teh..... manis bukan main...
Kalau tengok kat Astro Discovery channel mesti ada cerita pasal hujan...tanah kering kontang jadi hidup bila hujan. Air mencurah-curah dalam sungai yang dulu hampir kering ....hebatnya kuasa hujan ciptaan tuhan ini...Rahmat yang menyejukkan...menyegarkan..kerana itulah ada pulak budak group band underground buat nama kumpulan dorang hujan...
Itulah hujan...dalam seronok hujan pon ada dukanya.. bila da terlampau banyak bah pon menjelma.Habis tenggelam apa yang ada dalam laluannya. Binatang ternakan jangan dikira semua jadi mangsa kerakusan air hujan yang bergelen-gelen turunnya.tapi biarlah idup kite ini seperti hujan...turun menyenangkan tapi jangan sampai jadi bah menyesak dan menyusahkan....birlah kita mengalir lembut dalam ketengan daripada deras yang menyakitkan.....ok lah tu nanti kite sembang la lagi ok..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...